Sunday 28 September 2014

Mana Lagi Penting; Simpanan atau Perlindungan Untuk Anak?

Salam semua… Ni hari saya nak sharing sedikit tentang colleague saya Kak Yati (Bukan nama sebenar). Tiap hujung bulan selepas gaji, saya perasan Kak Yati mesti pergi Maybank yang bersebelahan dengan office kami. Sebelum tu, dia akan keluarkan 2 buku ASB dari handbag dia dan selit RM100 dalam setiap buku. Satu hari saya pun tanya... “Simpan untuk siapa tu Kak??” . Kak Yati pun sambil tersenyum.. “Untuk Anak, tak banyak pun..RM100 je Dik, mana tahu nanti diorang dah besar sambung belajar kat Universiti adalah tambah-tambahan..”. Waktu tu saya pun agak kagum, kerana kalau sebulan RM100, setahun dah RM1,200 dah.. 10 tahun tak ke RM12000 tak termasuk dividend.. ; )  Kak Yati pun kadang2 story dengan saya pasal anak dia si Irfan memang aktif di sekolah dengan aktiviti, bola dan Ko-Korikulum (Badan Beruniform).



Amount simpanan tu tak penting buat saya, yang penting kegigihan Kak Yati dan dia sanggup sacrifice dan set aside tak sedikit sebanyak pun untuk simpanan Anak-Anaknya.
Kebesokan harinya, saya pun tanya Kak Yati tentang perlindungan Takaful buat anak-anaknya.. At first dia tak begitu yakin kemudian saya tunjuk pada dia graph berikut:-




Ini adalah kiraan saya buat berdasarkan pada simpanan tetap dengan ASB dengan dividend sebanyak 8% setahun, dengan syarat tiada pengeluaran. Jikalau dibandingkan, tengok pada pulangan selepas 10 tahun, sudah tentu Kak Yati pilih Option 1. Tetapi disini saya tanya Kak Yati, seandainya apa-apa yang tidak diingini berlaku kepada anak, dan Kak Yati perlu membiaya kos rawatan RM20,000, adakah Kak Yati rasa berbaloi menggunakan seluruh simpanan anak yang Kak Yati telah bertungkus-lumus untuk menyimpan untuknya ??




Saya tidak berani menyatakan antara satu lebih penting.Untuk saya, Simpanan penting, Perlindungan pun penting. Kedua-dua ini compliment each other. Ia bagaikan Tangan & Siku. Bayangkan kalau Tangan kita tiada Siku, apa gunanya ada Tangan kalau tidak boleh dibengkok?. Sekiranya Kak Yati ketepikan, sebahagian dari jumlah simpanan asalnya untuk Perlindungan Takaful, seandainya apa-apa terjadi kepada anak, ketahuilah anak Akak akan dijamin oleh Takaful. 




“ Saya minta duit Anda waktu Anda Sihat sahaja. Apabila Anda Sakit, duduk diam-diam, Simpan Duit Anda dan ketahuilah yang masa depan Anda Sekeluarga akan Dijamin oleh Takaful.”


Hafiz Noor


Thursday 18 September 2014

MRTA vs MLTA, Perbandingan?

Salam Sejahtera, ini hari saya ingin Berkongsi tentang MRTA/T & MLTA/T Sebelum saya mulakan, saya akan explain dulu apa itu MRTA/T (Mortgage Reducing Term Assurance/Takaful)  dan MLTA/T (Mortgage Level Term Assurance/Takaful) Ini adalah perbandingan yang simple dan jelas untuk Pemilik Rumah & Bakal Pemilik Rumah.




MORTGAGE REDUCING TERM ASSURANCE/TAKAFUL

Adalah sebuah insurans/takaful policy yang menawarkan perlindungan kepada Pembeli untuk menyelesaikan sebahagian atau sepenuhnya baki pinjaman rumah sekiranya berlaku kejadian seperti Kematian atau Kehilangan Upaya kepada Pihak yang diinsuranskan. Polisi ini meliputi baki pinjaman pada asas jumlah yang diinsuranskan yang merosot. Jika pihak yang diinsuranskan meninggal dunia dalam tempoh pinjaman, syarikat insurans membayar baki pinjaman kepada Bank.
* Tak faham jugak, takpe nanti saya tunjuk comparison, lebih senang nak faham ; )




MORTGAGE LEVEL TERM ASSURANCE/TAKAFUL

Menawarkan perlindungan tetap walaupun pinjaman menurun mengikut pada tempoh pinjaman. Ia bukan hanya menawarkan perlindungan malah juga simpanan. Jika pihak diinsuranskan mengalami Kematian, Kehilangan Upaya atau ditimpa 36 Sakit Kritikal, pihak Insurans akan membayar baki Pinjaman kepada Bank dan waris akan terima baki dari jumlah diinsuranskan.




Disini saya buat summary untuk Perbandingan Anda Semua…(Klik untuk Besarkan)




Nantikan artikel akan datang, saya akan huraikan apa advantage dan benefit MLTA/T dan bagaimana ia dapat melindungi bukan Anda sahaja, malah Waris Anda.



Sekian


Hafiz Noor

Wednesday 17 September 2014

Orang Melayu Sayang Harta, Tak Sayang Diri Sendiri


Salam sejahtera semua. Mesti ramai yang klik bila baca tajuk diataskan? Disini saya ingin menjelaskan dahulu mengapa saya menyatakan sebegitu. Kalau kita Sayang sesuatu itu, tak kira la benda ke orang ke, kita mesti ambil tindakan atau preparation untuk melindungi benda itu, betul tak? Contoh Mak saya telah habis bayar rumah (Rumah Teres je..  ) di kampong kami, Simpang Renggam. Dia sanggup berbelanja RM130++/setahun untuk  menyewa sebuah safe deposit box di bank, hanya untuk menyimpan beberapa helai kertas sahaja, iaitu geran rumah asal. Sekarang kalau kita membeli rumah, kita akan membeli MRTT/MRTA  (Mortgage Reducing Term Takaful/Assurance) untuk melindungi BANK, kerana jikalau apa-apa terjadi kepada kita seperti kematian/ kehilangan upaya,  MRTA/MRTT akan membayar pampasan sebahagian atau sepenuhnya direct ke BANK untuk menjelaskan baki pinjaman rumah. Sekarang sebuah keluarga, paling kurang pun ada 2 kereta, kalau anak dah besar ada 3-4 biji kereta macam jiran saya.. ; ) Kereta pun kitorang belikan perlindungan, Insurans Kenderaan, untuk melindungi kereta kita kalau apa2 terjadi macam accident ke dan kos repair hingga beribu, takkan nak keluar poket sendiri, mestilah claim insurans… ; )





Disini saya ingin highlight perkara penting tentang sikap orang Melayu kita. Beli rumah, tahu beli MRTA/MRTT, kereta hingga 3-4 biji kat rumah tu tahu beli Insurans Kenderaan.  Itu pun saya berani bertaruh jikalau kitorang boleh hidupkan Road Tax tanpa membeli Insurans Kenderaan, saya rasa banyak kereta kat luar takde insurans..; ) Tetapi yang paling penting yang selalu kita “Overlook” ialah Diri Kita Sendiri. Tahukah Anda, bahawa hanya 13% orang Melayu sahaja yang ada Perlindungan Takaful. Statistik ini adalah sangat rendah dan mengejutkan kerana pemilik rumah orang Melayu melebihi statistik ini. Jikalau kita tengok suratkhabar, hampir tiap-tiap hari ada artikel menyiarkan orang Melayu meminta pertolongan/ sumbangan untuk membiayai kos rawatan mereka. Agak paradox apabila kita memikirkan orang Melayu kita membeli perlindungan untuk harta mereka tetapi bukan diri mereka sendiri. Kalau kita fikir sejenak, tanpa perlindungan untuk diri kita, andainya apa-apa terjadi bagaimana pula dengan ahli keluarga serta harta kita. Kerana pada mulanya, tanpa diri kita yang sihat, tak mungkin kita mampu mengumpul harta yang kita diami dan kumpul sekarang ini. Ingat orang yang Anda Sayangi....




“ Saya minta duit Anda waktu Anda Sihat sahaja. Apabila Anda Sakit, duduk diam-diam, Simpan Duit Anda dan ketahuilah yang masa depan Anda Sekeluarga akan Dijamin oleh Takaful.”


Hafiz Noor
Call/Sms/Whatsapp @ 016-4102041 





Sunday 7 September 2014

Perlindungan Takaful: Kisah Keluarga Adam

Salam Sejahtera... Disini ingin saya kongsikan kisah Adam sekeluarga. Ini adalah potrait "Keluarga Adam"




Kisah Adam bermula 10 tahun lepas, pada tahun 2004 dia baru graduate dan mula berkerja. Dan dalam 10 tahun ini Adam seperti semua orang jumpa teman hidup dia, Nisa dan mereka mendirikan rumah tangga, beli rumah dan isi rumah tu dengan anak-anak.. ; ) Dan seperti seisi keluarga biasa, komitmen bulanan Adam adalah seperti berikut:-







Dan Adam, seperti setiap manusia akan Tua satu hari dan meninggalkan dunia, tetapi dia juga ada kemungkinan ditimpa "Sakit Kritikal" atau "Hilang Upaya". Malangnya Adam suatu hari didiagnos mengalami masalah "Kegagalan Ginjal" dan dia harus menjalani rawatan. Doktor pula kata dia ada peluang seandainya dia buat "Pemindahan Ginjal" yang kos operationnya mencecah RM100,000. Malangnya Adam tiada perlindungan Takaful, jadi Adam pun usaha mencari duit untuk membiaya "Kos Pemindahan Ginjal"-nya;




Seandainya, Adam telah cuba sedaya upaya, tetapi dia masih tidak dapat mengumpul duit yang mencukupi untuk membiaya "Kos Pemindahan Ginjal"nya, adakah dia akan menjual rumah nya, yang setelah bertahun dia dan isterinya berkerja keras dan usaha untuk mendapatkannya??  Katakan dia berjaya mengumpul duit untuk operationnya dengan menjual rumah, bagaimana pula dengan kos kehidupan dia?? Kerana apabila Adam sakit, dia tetap kena menanggung kos kehidupannya..





Kerana Adam, tidak membuat perancangan, bukan hanya Adam sahaja yang menanggung kesusahan, tetapi seluruh ahli-keluarga dia juga. Seandainya Adam telah membuat perancangan dengan perlindungan Takaful, dia tidak akan meletakkan ahli keluarganya dalam keadaan sebegini:-



Dengan perlindungan Takaful, Adam akan mendapat pampasan dan perlindungan berikut;

>  Pampasan ditimpa 36 Sakit Kritikal

> Pampasan Hilang Upaya

> Pampasan Kematian

> Kos Rawatan Medikal di panel hospital swasta dan kerajaan


Jangan berlengah lagi, kerana "Kegagalan Merancang adalah Merancang untuk Gagal" , hubungi saya Hafiz Noor @ 016-4102041 (Call/Sms/Whatsapp) untuk mengetahui lebih lanjut tentang perlindungan Takaful. Klik disini untuk mendapat Quotation Takaful Percuma






Thursday 4 September 2014

3rd Party Insurans untuk Motorsikal & Kereta Lama


Susah betul nak cari Agent buat 3rd Party insurans. Anda ada motor, kenderaan lebih 16 tahun keatas. Takya garuk kepala atau telan Panadol lagi kerana kami ada penyelesaiannya kerana walau bagaimana kecil coverage anda pun kitorang buat.. ; ) Servis dihujung jari, hubungi kami untuk Sebutharga Percuma !!




Call/Sms/Whatsapp @ 016-4102041

Perbaharui Insurans Kenderaan & Cukai Jalan


Insurans kenderaan anda dah nak expire ? Malas nak beratur panjang di Pejabat Pos macam nak jumpa Penghulu Kampung untuk renew Road Tax ? Terlalu sibuk untuk uruskan ? Servis dihujung jari Anda..






Mengapa anda harus renew Insurans Kenderaan & Road Tax bersama kami??

1)      Sebut harga percuma
2)      Servis pantas....
3)      Penghantaran terus ke rumah anda.
4)      Tak perlu beratur di Pejabat Pos untuk membuat geran
5)      Jimat minyak dan kupon parking apabila tidak perlu keluar      ke Bank/ JPJ/ Pejabat Pos untuk uruskan
6)     Tak perlu mandi, setting rambut/ make up (Takkan pergi          Bank/ JPJ/ Pejabat Pos pakai macam tengah tumbuk                  belacan kat dapur)

Dengan kain pelikat sambil makan keropok leko pun boleh renew Insurans & Road Tax. Servis dihujung jari Anda. Segalanya online dangan penghantaran terus ke rumah. Klik disini untuk Sebutharga Percuma!!