Thursday 18 September 2014

MRTA vs MLTA, Perbandingan?

Salam Sejahtera, ini hari saya ingin Berkongsi tentang MRTA/T & MLTA/T Sebelum saya mulakan, saya akan explain dulu apa itu MRTA/T (Mortgage Reducing Term Assurance/Takaful)  dan MLTA/T (Mortgage Level Term Assurance/Takaful) Ini adalah perbandingan yang simple dan jelas untuk Pemilik Rumah & Bakal Pemilik Rumah.




MORTGAGE REDUCING TERM ASSURANCE/TAKAFUL

Adalah sebuah insurans/takaful policy yang menawarkan perlindungan kepada Pembeli untuk menyelesaikan sebahagian atau sepenuhnya baki pinjaman rumah sekiranya berlaku kejadian seperti Kematian atau Kehilangan Upaya kepada Pihak yang diinsuranskan. Polisi ini meliputi baki pinjaman pada asas jumlah yang diinsuranskan yang merosot. Jika pihak yang diinsuranskan meninggal dunia dalam tempoh pinjaman, syarikat insurans membayar baki pinjaman kepada Bank.
* Tak faham jugak, takpe nanti saya tunjuk comparison, lebih senang nak faham ; )




MORTGAGE LEVEL TERM ASSURANCE/TAKAFUL

Menawarkan perlindungan tetap walaupun pinjaman menurun mengikut pada tempoh pinjaman. Ia bukan hanya menawarkan perlindungan malah juga simpanan. Jika pihak diinsuranskan mengalami Kematian, Kehilangan Upaya atau ditimpa 36 Sakit Kritikal, pihak Insurans akan membayar baki Pinjaman kepada Bank dan waris akan terima baki dari jumlah diinsuranskan.




Disini saya buat summary untuk Perbandingan Anda Semua…(Klik untuk Besarkan)




Nantikan artikel akan datang, saya akan huraikan apa advantage dan benefit MLTA/T dan bagaimana ia dapat melindungi bukan Anda sahaja, malah Waris Anda.



Sekian


Hafiz Noor

No comments:

Post a Comment