Sunday 28 September 2014

Mana Lagi Penting; Simpanan atau Perlindungan Untuk Anak?

Salam semua… Ni hari saya nak sharing sedikit tentang colleague saya Kak Yati (Bukan nama sebenar). Tiap hujung bulan selepas gaji, saya perasan Kak Yati mesti pergi Maybank yang bersebelahan dengan office kami. Sebelum tu, dia akan keluarkan 2 buku ASB dari handbag dia dan selit RM100 dalam setiap buku. Satu hari saya pun tanya... “Simpan untuk siapa tu Kak??” . Kak Yati pun sambil tersenyum.. “Untuk Anak, tak banyak pun..RM100 je Dik, mana tahu nanti diorang dah besar sambung belajar kat Universiti adalah tambah-tambahan..”. Waktu tu saya pun agak kagum, kerana kalau sebulan RM100, setahun dah RM1,200 dah.. 10 tahun tak ke RM12000 tak termasuk dividend.. ; )  Kak Yati pun kadang2 story dengan saya pasal anak dia si Irfan memang aktif di sekolah dengan aktiviti, bola dan Ko-Korikulum (Badan Beruniform).



Amount simpanan tu tak penting buat saya, yang penting kegigihan Kak Yati dan dia sanggup sacrifice dan set aside tak sedikit sebanyak pun untuk simpanan Anak-Anaknya.
Kebesokan harinya, saya pun tanya Kak Yati tentang perlindungan Takaful buat anak-anaknya.. At first dia tak begitu yakin kemudian saya tunjuk pada dia graph berikut:-




Ini adalah kiraan saya buat berdasarkan pada simpanan tetap dengan ASB dengan dividend sebanyak 8% setahun, dengan syarat tiada pengeluaran. Jikalau dibandingkan, tengok pada pulangan selepas 10 tahun, sudah tentu Kak Yati pilih Option 1. Tetapi disini saya tanya Kak Yati, seandainya apa-apa yang tidak diingini berlaku kepada anak, dan Kak Yati perlu membiaya kos rawatan RM20,000, adakah Kak Yati rasa berbaloi menggunakan seluruh simpanan anak yang Kak Yati telah bertungkus-lumus untuk menyimpan untuknya ??




Saya tidak berani menyatakan antara satu lebih penting.Untuk saya, Simpanan penting, Perlindungan pun penting. Kedua-dua ini compliment each other. Ia bagaikan Tangan & Siku. Bayangkan kalau Tangan kita tiada Siku, apa gunanya ada Tangan kalau tidak boleh dibengkok?. Sekiranya Kak Yati ketepikan, sebahagian dari jumlah simpanan asalnya untuk Perlindungan Takaful, seandainya apa-apa terjadi kepada anak, ketahuilah anak Akak akan dijamin oleh Takaful. 




“ Saya minta duit Anda waktu Anda Sihat sahaja. Apabila Anda Sakit, duduk diam-diam, Simpan Duit Anda dan ketahuilah yang masa depan Anda Sekeluarga akan Dijamin oleh Takaful.”


Hafiz Noor


No comments:

Post a Comment